Dua Wanita Islam Terbunuh

 

Narathiwat, Ahad 14 febuari 2010

 

Dua beranak yaitu Ibu dan seorang anak perempuannya dibunuh di dalam satu kebun getah di daerah rangit wilayah narathiwat,pihak kerajaan menuduh pejuang melakukan perbuatan tersebut, tetapi kebiasaan wanita2 islam dibunuh selepas di rogol oleh tentera Thai kemudian mangsa dibunuh.

 

Patanipost

 


Tentera Thai cedra

 

Pattani, Jumat 12 febuari 2010

 

Seorang dari tentera Thai cedra parah apabila Tentera Pembebasan Patani melepaskan tembakan ke arahnya kejadian berlaku di daerah Yarang Wilayah Pattani.

 

Patanipost

 


Dua tentera Thai cedra

 

Yala, Khamis, 11 febuari 2010

 

Dua tentera Thai cedra apabila sebuah bom meletup di daerah raman wilayah Yala.

 

Patanipost

 


Tujuh tentera Thai cedra

 

Narathiwat, Selasa, 9 febuari 2010

 

Tentera pembebasan Patani ekat bom seberat 15 kilo di papan tanda isharat kampung lapan daerah rangit ,Narathiwat apabila sebuah trad tentera thai sampai di tempat tersebut maka bom tersebut meletup menyebabkan 7 tentera thai cedra dan 3 daripada mereka parah.

 

Patanipost

satu maut, satu cedera kena tembak

 

sabtu, 6 febuari 2010

 

Tentera pembebasan Patani membuat serangan dengan melepaskan tembakan terhadap tentera thai dan tenbak menembak berlaku menyebabkan satu tentera thai maut dan seorang lagi cedra ,kejadian berlaku di kg lahar daerah yega wilayah narathiwat.

 

Patanipost

 


Tiga maut, 17 cedera kena tembak

 

Jumaat, 15 Januari 2010

 

YALA: Tiga orang maut dan 17 lagi cedera kena tembak dan letupan bom dalam pergolakan terbaru di wilayah majoriti penduduk Islam di selatan Thailand, kata polis di sini, semalam.

 

Di Pattani, beberapa penyerang tidak dikenali menembak mati dan membakar mayat pasangan beragama Buddha yang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan motosikal.

 

Penyerang membawa mangsa ke tengah jalan raya, mencurah minyah tanah dan membakar lelaki berusia 51 tahun itu dan isterinya yang berusia 42 tahun.

 

Dalam satu lagi serangan di wilayah sama, satu keluarga beragama Buddha seramai tiga orang termasuk budak perempuan 12 tahun cedera ditembak penyerang bermotosikal.

 

Kelmarin, sekumpulan juruelektrik kerajaan diserbu ketika mereka sedang memasang wayar elektrik di sepanjang jalan juga di Pattani. Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera.

 

Sebutir bom kemudian diletupkan di luar sebuah kedai minuman di wilayah sama, mencederakan empat orang awam manakala di wilayah berdekatan, sebutir lagi bom meletup di luar sebuah pasar yang mencederakan tiga anggota tentera dan tiga orang awam.

 

Lebih 3,900 orang terdiri daripada penduduk Buddha dan Islam, terbunuh dalam tempoh enam tahun kekacauan di rantau kaya tanaman getah itu.

 

Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian wilayah kesultanan bebas dikenali sebagai Pattani sebelum diambil alih Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha, pada 1909.

 

Kira-kira 80 peratus daripada penduduk rantau itu beragama Islam yang bercakap dialek Melayu sebagai bahasa pertama dan sekian lama mengadu mengalami diskriminasi, terutama dari segi pendidikan dan peluang pekerjaan.

 

Penyerang, dipercayai pemisah sering menyasarkan penduduk Buddha dan Islam dikaitkan dengan kerajaan Thailand seperti pegawai polis, tentera, pegawai kerajaan dan guru.

 

Satu usaha menentang pemberontakan besar-besaran tidak banyak membantu menamatkan keganasan membabitkan pelan rangsangan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.34 bilion) untuk mengurangkan jurang ekonomi dan meminimumkan pengaruh pemberontakan. - Reuters

 

 

2 ditembak mati di selatan Thai

 

NARATHIWAT: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati dua penduduk kampung di daerah yang sedang bergolak, selatan Thailand, iaitu mangsa terbaru dalam pemberontakan yang sudah berlanjutan enam tahun di wilayah majoriti penduduknya beragama Islam, kata polis Thailand, hari ini.

 

Beliau berkata, ketua daerah dan seorang bekas pihak berkuasa kampung, iaitu kedua-duanya beragama Islam, dibunuh oleh empat lelaki bermotosikal lewat semalam ketika mereka sedang duduk di kedai Teh bersama rakan-rakannya di wilayah Narathiwat.

 

“Di daerah sama, pemberontak yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan kepada seorang anggota polis yang sedang dalam perjalanan pulang daripada bersembahyang di masjid sehingga mengakibatkan beliau cedera parah,” katanya. - AFP

Berita Bahasa Melayu »

5 bom meletup di Thailand, dua cedera

utusan2010.3.2

Tiga warga Thai didakwa perdagang bom dan miliki peluru

utusan 2010.2.25

12 cedera dalam serangan bom di Pattani

utusan 2010.2.19

Dua tentera Thailand ditembak mati dan dipenggal

utusan 2010.2.17

Empat wanita ditembak mati di selatan Thai

utusan 2010.2.16

Tentara Thailand Tewas Dalam Sebuah Serangan di Narathiwat

arrahmah 2010.2.08

Bom Dekat Masjid Thailand Selatan

antara2010.01.29

Satu Muslim Tewas Dan 9 Pasukan Thailand Terluka Dalam Insiden di Selatan

voa-islam2010.01.26

Serangan di Thailand Selatan

bataviase2010.01.14

Serangan Bom Guncang Pattani

arrahmah 2010.01.13

Perdana Menteri Thailand Disambut Bom di Thailand Selatan

acehlong 2010.01.08

PM Abhisit Vejjajiva Disambut Bom di Thailand Selatan

kompas2010.01.07

Letupan bom semasa lawatan Abhisit

utusan

Tiga formula keadilan saksama selesaikan krisis selatan Thailand

bharian.

Tiga Tentara Musyrik Thailand Terluka dalam Serangan Bom

arrahmah 2010.01.04

Dua askar maut letupan bom selatan Thai (Patani)

utusan.

Adakah lawatan Dato' Seri Najib ke Thailand akan membawa sebarang perubahan?

patanipost

 

 

 

 

 

Patanipost.net © 2010 • Berita harian tentang perkembangan di Patani• info(AT)patanipost.net

Patanipost adalah berita harian bertujuan untuk menyampaikan berita perkembangan semasa di Patani

 

فطاني فوست اداله بريتا هارين برتوجوان اونتوق ميمفيكن بريتا فركمباغن دفتاني

Patani Post

hits counter